Siapa Kami

Walaupun penubuhan OOS Syndicate adalah pada 1 Mac 2013, sebenarnya kami berpengalaman seperti ditubuhkan 1 Mac 1899. Dengan pengalaman kami sebagai "player" dalam industri teknologi maklumat, OOS Syndicate mampu memberi perkhidmatan yang terbaik dan tidak seperti player-player yang lain.

Kekuatan kami? Tidaklah terletak pada huruf ta, tetapi terletak pada apa yang anda mahukan.

Dengan track rekod yang kami banggakan walaupun syok sendiri, ingin kami war-warkan bahawa kami sebenarnya mampu memuaskan kehendak teknologi anda.

Dan, kami adalah syarikat berdaftar dengan SSM dengan nombor pendaftaran 002209005-D. Mempunyai pasukan yang kukuh untuk melaksanakan apa jua projek, berserta mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing selain memiliki rupa paras yang agak hensem. :)

Penggerak

Fairuz

Programmer a.k.a Tokey

Rupa yang paling hensem dalam semua.

Firdaus

Busines Development

Lagi hensem dari yang sebelah-sebelah.

Wan Iskandar

Business Rocketeer

Lagi hensem dari sebelah kiri.

Apa Kami Tawarkan

Ini serius. Jika ditulis maka panjanglah laman ini sampai berhari-hari untuk dibaca. Jika anda ingin melihat versi PDF, sila muat turun profil syarikat.

Kesimpulannya, kami menyediakan perkhidmatan pembangunan sistem komputer TIDAK KIRA samada perisian yang dipasang pada komputer mahupun pada platform internet. Pembangunan merangkumi sistem web-based untuk kegunaan intranet ataupun internet.

Pun begitu, kami turut menyediakan perkhidmatan berkaitan SMS. Jika anda dari agensi kerajaan, kami turut menawarkan perkhidmatan integrasi sistem sediada anda dengan sistem mySMS 15888.

Kami kini membuka sebarang permintaan keatas pembangunan aplikasi telefon mudah alih samada pada platform Android, IPhone OS ataupun Windows Mobile.

Kepakaran kami

Dengan kepakaran pada kami, kami sedia membangun sistem yang dikehendaki mengikut citarasa anda.

Mengapa kami

Kami merupakan mereka-mereka yang berada disebalik (orang belakang) perkhidmatan yang disenaraikan di bawah.

Kami mampu bercerita dari A-Z bagaimana ianya dibangunkan.

Bagaimana untuk memuaskan hati pelanggan? Caranya, hanya lakukan apa saja sehingga hati pelanggan dipuaskan.

Itulah prinsip kami.

Hubungi kami

Gunakan ruangan dibawah ini dengan mengisi maklumat seperti yang dikehendaki. Kami akan cuba bersungguh-sungguh tatkala dalam kepanasan terik matahari untuk menghubungi anda ataupun menjawab sebarang persoalan anda.

 
Quality is more important that quantity. One home run is much better than two doubles.